MISI UNTUK MEMBUAT PERBEZAAN

Dasar Privasi Norwex

PRODUK PENCUCIAN MIKROFIBER & LESTARI YANG PREMIUM

Kumpulan NorwexTM – Polisi Privasi Malaysia

Piawaian Privasi Kami

Kumpulan Norwex (“kami/kita”) hormati dan komited dalam melindungi privasi anda melalui pematuhan kami terhadap polisi ini.

Polisi ini (bersama dengan terma penggunaan kami dan dokumen lain yang dirujuk di dalamnya) menerangkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, atau yang anda berikan pada laman web kami www.norwex.my (“laman web” kami) dan bagaimana maklumat itu boleh digunakan atau didedahkan oleh kami. Kami mematuhi peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), peraturannya, piawaian dan garis panduan yang berkenaan.

Polisi ini tidak terpakai bagi maklumat yang dikumpulkan dari mana-mana laman pihak ketiga. Kami memaklumkan anda mengenai aplikasi pihak ketiga yang mungkin aktif di laman web kami, lihat 4.b di bawah (“aplikasi pihak-ketiga”).

Sila baca maklumat berikutnya dengan teliti untuk memahami polisi dan amalan kami berkenaan dengan maklumat peribadi anda dan bagaimana kami memperlakukannya.

1. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun

Laman web kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Tiada sesiapa di bawah umur 18 boleh memberikan apa-apa maklumat peribadi kepada atau di laman web. Kami tidak megumpul maklumat peribadi dari kanakkanak berumur di bawah 18 tahun. Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, sila jangan mendaftar di laman web, jangan membuat apa-apa pembelian di laman web atau memberikan apa-apa maklumat mengenai diri anda kepada kami. Sekiranya kami mengetahui yang kami telah mengumpul maklumat peribadi dari kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa kebenaran kedua ibu bapa, kami akan memadamkan maklumat tersebut. Jika anda percaya bahawa kami mungkin mempunyai maklumat dari atau tentang maklumat kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, sila hubungi kami di my-info@norwex.com.

2. Maklumat peribadi yang kami kumpulkan

a. Maklumat berkaitan penggunaan internet

Kami mengumpul beberapa jenis maklumat dari dan mengenai pengguna laman web kami, termasuk: maklumat yang anda berikan kepada kami, yang kami kumpulkan semasa anda melayari laman web, - lalu lintas dan data lokasi, alamat IP, butiran penggunaan melalui penggunaan teknologi tertentu, termasuk cookies dan web beacon.

aa. Alamat IP

Kami mengumpul butiran lawatan anda ke laman web kami. Kami hanya mengumpul maklumat agregat, sebagai contoh, data lalu lintas, log dan data komunikasi lain. Maklumat yang kami kumpulkan adalah berkenaan sumber yang anda akses, maklumat mengenai komputer dan sambungan internet anda termasuk alamat IP anda, sistem operasi dan jenis pelayar.

bb. Cookies

Cookies adalah fail kecil yang disimpan pada pelayar atau pemacu keras komputer anda. Penggunaan cookies membantu kami untuk memperbaiki laman web kami dan memberikan perkhidmatan secara lebih peribadi dengan membolehkan kami: menganggarkan saiz audiens kami dan paten penggunaan, menyimpan maklumat mengenai keutamaan anda, membolehkan kami menyesuaikan laman web kami mengikut minat individu, mempercepat carian anda dan mengenali anda apabila anda kembali ke laman web kami.

Jika setelah kami memaklumkan kepada anda mengenai fungsi cookies dan anda mendaftar dengan kami atau anda terus menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penggunaan cookies kami.

Anda boleh menolak untuk menerima cookies dengan mengaktifan tetapan yang sesuai pada pelayar anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih tetapan ini, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian tertentu laman web kami. Kecuali anda telah melaraskan tetapan pelayar anda supaya ia akan menolak cookies, sistem kami akan mengeluarkan cookies apabila anda mengarahkan pelayar anda ke laman web kami.

Kami berusaha memberikan anda pilihan mengenai maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami.

cc. Web Beacon

Web beacon (juga dikenali sebagai tag piksel) adalah imej elektronik, yang terdapat pada laman web membenarkan kami mengira pengguna yang telah melawat halaman tersebut dan laman web lain yang berkaitan statistik (contohnya, merakam populariti kandungan web tertentu dan mengesahkan sistem dan integriti pelayan). Web Beacons tidak digunakan untuk mengakses maklumat peribadi anda di laman web dan hanya digunakan untuk menyusun agregat statistik mengenai penggunaan laman web.

b. Maklumat yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan kami

Kami mungkin mengumpul dan menggunakan maklumat berikut yang anda berikan kepada kami:

Maklumat yang anda berikan apabil mengisi borang di laman web kami. Ini termasuk maklumat yang diberikan ketika mendaftar untuk menggunakan laman web kami, melanggan perkhidmatan kami, menyiarkan bahan atau meminta perkhidmatan atau maklumat selanjutnya. Kami juga mungkin meminta maklumat apabila anda memasuki pertandingan atau promosi yang ditaja oleh kami, dan apabila anda melaporkan masalah dengan laman web kami;

Rekod dan salinan surat-menyurat anda (termasuk alamat e-mel) jika anda menghubungi kami.

Jawapan anda terhadap kaji selidik yang mungkin kami minta anda lengkapkan untuk tujuan penyelidikan, walaupun anda tidak perlu menjawabnya.

Butiran transaksi yang anda lakukan melalui laman web kami dan memenuhi pesanan anda. Anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat kewangan sebelum membuat pesanan melalui laman web kami.

Adalah wajib bagi anda untuk memberikan maklumat yang kami minta daripada anda untuk tujuan yang disebut dalam polisi ini. Kegagalan untuk membekalkan dan/atau keizinan untuk pengumpulan dan pemprosesan maklumat akan mengakibatkan kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, menawarkan anda respons penuh, serta memberi anda maklumat, notis, perkhidmatan dan/atau produk diminta. Kegagalan untuk memberikan data peribadi wajib juga akan mempengaruhi keupayaan pihak-pihak lain untuk membuat perjanjian yang perlu berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kami kepada anda.

3. Penggunaan maklumat

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan mengenai anda atau yang anda berikan kepada kami, termasuk apa-apa maklumat peribadi, dengan cara berikut:

a. Informasi berkaitan kegunaan internet (Alamat IP, Cookies, Web Beacon)

Untuk membentangkan laman web kami serta kandungannya dengan cara yang sesuai dan berkesan untuk anda dan untuk komputer anda, melainkan anda telah menolak penggunaan cookies.

Untuk memberikan anda maklumat, produk atau perkhidmatan yang anda minta dari kami.

Untuk tujuan pentadbiran sistem dan melaporkan maklumat agregat bukan peribadi kepada pengiklan kami.

b. Maklumat yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan kami

Untuk menjalankan tanggungjawab kontrak, memproses dan menguatkuasakan hak kami yang timbul dari mana-mana kontrak yang dibuat antara anda dan kami.

Untuk membolehkan anda menyertai ciri interaktif perkhidmatan kami, apabila anda memilih untuk berbuat demikian.

c. Tujuan pemasaran dan promosi

Kami akan menggunakan data anda untuk tujuan pemasaran dan promosi dalam kes berikut aa. dan bb. sahaja:

aa. Persetujuan Opt-In

Kami akan menggunakan data anda untuk aktiviti pemasaran langsung di mana anda telah memberikan dan memaklumkan persetujuan opt-in (yang bermaksud bahawa anda memberikan kami persetujuan yang jelas dan termaklum untuk menerima maklumat promosi melalui e-mel dan dan sms).

bb. Pelanggan sedia ada

Jika anda seorang pelanggan sedia ada, kami akan menghantar E-mel dan/atau sms untuk pengiklanan langsung barang atau perkhidmatan kami yang serupa jika kami telah memperoleh data E-mel dan/atau sms anda berkaitan dengan penjualan barangan atau perkhidmatan; dan anda tidak membantah penggunaan ini.

Anda akan diberitahu dengan terang serta jelas, apabila alamat tersebut direkodkan dan setiap kali ia digunakan, bahawa anda boleh membantah penggunaan sedemikian pada bilabila masa, tanpa kos yang timbul akibatnya, selain dari kos penghantaran menurut kadar asas.

cc. Prosedur untuk keluar / berhenti melanggan 

Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima maklumat e-mel dari kami selain daripada e-mel memaklumkan kepada anda mengenai penyempurnaan pendaftaran pengguna, pembetulan data pengguna, atau perubahan kata laluan dengan menghantar e-mel kepada kami yang menyatakan permintaan anda ke my-info@norwex.com.

Jika kami telah menghantar e-mel promosi kepada anda, anda boleh menghantar emel kembali kepada kami untuk tidak dimasukkan dalam pengedaran e-mel akan datang. Permintaan berhenti melanggan itu akan dihormati dalam tempoh kurang daripada sepuluh (10) hari perniagaan dari permintaan tersebut dan data anda akan dipadamkan. Berhenti melanggan ini tidak terpakai kepada maklumat yang diberikan kepada Norwex akibat daripada muat turun produk atau pembelian, pendaftaran waranti, perkhidmatan produk atau transaksi lain.

d. Data sensitif 

Sebarang pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data sensitif (seperti data kesihatan, kepercayaan agama, dan pendapat politik) akan memerlukan persetujuan anda.

4. Pendedahan maklumat anda kepada pihak ketiga

a. Pihak Ketiga / Data Pelanggan

aa. Penerima data

Kami hanya mendedahkan maklumat peribadi yang anda berikan melalui laman web ini

  • jika perlu untuk memenuhi obligasi kontrak atau
  • di mana anda telah memberikan persetujuan anda kepada pihak ketiga berikut:
  • Kepada ahli kumpulan syarikat induk kami dan syarikat subsidiarinya dan sekutu; dan
  • Kontraktor langsung dan penyedia perkhidmatan yang kami gunakan untuk menyokong perniagaan kami

Pihak ketiga itu boleh berada di luar Malaysia, yang mungkin tidak menjamin tahap perlindungan yang sama untuk maklumat peribadi di mana anda tinggal. Dengan menggunakan laman web ini, anda memberikan persetujuan kepada kami memproses data peribadi anda mengikut Polisi Privasi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemprosesan oleh pihak ketiga yang boleh berada di luar Malaysia.

Sekiranya (sama ada bakal atau sahih) penggabungan, pengambilalihan, atau sebarang bentuk penjualan beberapa atau semua aset Norwex, yang mana maklumat peribadi yang dipegang oleh Norwex tentang pelanggannya akan menjadi antara aset yang dipindahkan kepada (calon) pembeli.

Kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga setakat mana ia dibenarkan di bawah PDPA, peraturannya dan garis panduan yang berkaitan.

bb. Standard Pemindahan Data

Di mana kami memberi kerja kepada kontraktor pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami selaras dengan arahan kami, maka, sebagai tambahan kepada perjanjian perkhidmatan yang merangkumi kerja yang perlu dilakukan, perjanjian itu juga merujuk kepada kewajipan kontraktor sebagai pihak yang ditugaskan untuk memproses data. Kewajipan ini menetapkan arahan pelanggan mengenai jenis dan cara pemprosesan data peribadi, tujuan pemprosesan dan ukuran langkah-langkah teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk data perlindungan bagi memastikan bahawa standard polisi data kami akan digunakan untuk pihak ketiga juga.

Kontraktor tidak akan dibenarkan untuk menggunakan data peribadi (diamanahkan untuk melaksanakan perintah itu) untuk tujuan pemprosesan sendiri atau pihak ketiga.

cc. Piawaian pemprosesan data Malaysia

Norwex akan mendapatkan persetujuan dari mana-mana individu sebelum memindahkan data ke badan yang beribu pejabat di negara ketiga atau data pemindahan merentas sempadan negara. Langkah-langkah akan diambil untuk memastikan data ini dihantar dengan betul. Keperluan data privasi dan data keselamatan yang bersesuaian hendaklah dipersetujui dengan penerima sebelum data dipindahkan.

b. Aplikasi Pihak Ketiga / iklan 

Aplikasi pihak ketiga boleh didapati melalui laman web. Pemilik aplikasi ini („Pemilik Pihak Ketiga“) boleh mengumpul maklumat peribadi dari anda dan mungkin anda akan mendapat polisi dan amalan mereka. Kami akan memaklumkan anda mengenai aplikasi tersebut, tetapi kami tidak bertanggungjawab terhadap polisi atau amalan Pemilik Pihak Ketiga atau bagaimana mereka atau aplikasi mereka menggunakan maklumat peribadi anda. Pemilik Pihak Ketiga ini mungkin mempunyai syarat perkhidmatan mereka sendiri, polisi privasi atau polisi lain dan meminta anda bersetuju terhadapnya. Anda harus mengkaji sebarang polisi yang ada sebelum menyerahkan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti kepada aplikasi pihak ketiga.

Aplikasi pihak ketiga berikut boleh didapati melalui atau akan digunakan di laman web kami:

aa. Analisa Google

Laman web kami menggunakan Google Analytics, sebuah perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. („Google“). Google Analytics menggunakan „cookies“, iaitu fail teks yang diletakkan pada komputer anda, untuk membantu laman web menganalisis bagaimana pengguna menggunakan laman web ini. Maklumat yang dihasilkan oleh cookie mengenai penggunaan anda pada laman web (termasuk alamat IP anda) akan dihantar dan disimpan oleh Google di server di Amerika Syarikat.
Google akan menggunakan maklumat ini bagi pihak kami untuk tujuan menilai penggunaan anda pada laman web ini, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan internet. Google juga boleh memindahkan maklumat kepada pihak ketiga di mana diperlukan untuk berbuat demikian oleh undangundang, atau di mana pihak ketiga tersebut memproses maklumat bagi pihak Google. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan sebarang data lain yang dipegang oleh Google.

Anda boleh menolak penggunaan data anda dengan menggunakan pelayar penyemak imbas yang disediakan oleh google di pautan ini: http://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en.

Anda juga boleh menolak penggunaan cookies dengan memilih tetapan yang sesuai pada pelayar anda, walau bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa jika anda melakukan ini, anda mungkin tidak boleh menggunakan fungsi laman web kami sepenuhnya.

Maklumat lanjut mengenai terma privasi google boleh didapati di marketingplatform.google.com/about.

5. Keselamatan data

a. Standard keselamatan Data

Kami telah mengambil langkah-langkah perlaksanaan untuk menjamin maklumat peribadi anda dari kehilangan tidak sengaja dan dari akses yang tidak dibenarkan, penggunaan, pengubahan dan pendedahan yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang dengan Seksyen 9 ayat 1 BDSG dan Lampiran. Kami mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan data yang dikumpulkan daripada anda adalah dipercayai, tepat, lengkap dan terkini. Semua maklumat anda berikan kepada kami disimpan di pelayan selamat di belakang fi rewall. Semua transaksi pembayaran yang anda buat melalui laman web kami, adalah tersulit menggunakan teknologi SSL.

Keselamatan maklumat anda juga bergantung kepada anda. Di mana kami telah memberikan anda (atau di mana anda telah memilih) kata laluan untuk akses ke bahagian tertentu laman web kami, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan ini secara sulit. Kami menggalakkan anda supaya berhati -hati apabila memberikan maklumat di tempat awam pada laman web seperti papan mesej. Maklumat yang anda kongsi di kawasan awam boleh dilihat oleh mana-mana pengguna laman web tersebut.

b.Transmisi melalui Internet

Malangnya, standard penghantaran maklumat bukan-SSL melalui internet tidak disulitkan. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak menjamin keselamatan data yang dihantar kepada laman web kami, sebarang penghantaran adalah risiko anda sendiri. Setelah kami menerima maklumat anda, kami akan menggunakan prosedur yang ketat dan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan akses tanpa izin.

c. Sumbangan Penggunaan Anda

Sumbangan Penggunaan anda dipaparkan dan dihantar kepada pengguna laman web lain pada risiko anda sendiri. Walaupun kami menghadkan akses ke halaman tertentu, anda boleh menetapkan tetapan privasi untuk maklumat tersebut dengan log masuk ke profil akaun anda, sila ambil perhatian tiada langkah keselamatan yang sempurna atau tidak dapat ditembusi. Di samping itu, kami tidak dapat mengawal tindakan pengguna lain di laman web dengan siapa anda boleh memilih untuk berkongsi

Sumbangan Penggunaan anda; oleh itu, kami tidak dapat menjamin siapa yang akan melihat Sumbangan Penggunaan anda. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pemintasan dari pihak ketiga terhadap tetapan privasi atau langkah keselamatan yang terkandung di laman web. Anda memahami dan mengakui bahawa, walaupun selepas dipadamkan, salinan Sumbangan Penggunaan anda boleh kekal dan dapat dilihat di dalam cache dan halaman yang diarkibkan, atau mungkin telah disalin atau disimpan oleh pengguna laman web lain. Akses dan penggunaan maklumat yang betul yang disediakan di laman web, termasuk Sumbangan Penggunaan, ditadbir oleh ini Polisi Privasi dan Syarat Penggunaan kami. Pelanggaran yang diketahui atau disyaki harus dilaporkan ke my-info@norwex.com.

6. Hak Anda

Anda mempunyai hak akses percuma kepada data anda:

a. Akses melalui profil akaun

Anda boleh menyemak dan mengemas kini maklumat peribadi anda dengan log masuk ke laman web dan melawat halaman profi l akaun anda serta membuat perubahan. Jika anda terlupa kata laluan anda, sebaik sahaja anda cuba mendaftar dan gagal, anda boleh mengklik pada “Lupa Kata Laluan?“ untuk mencapai halaman di mana terdapat pautan yang anda boleh menghantar alamat e-mel anda.

b. Hubungi kami

Anda boleh mengakses, menukar, mengemas kini atau memadam maklumat peribadi yang telah anda berikan dan langganan anda atau pilihan mengenai maklumat yang anda terima daripada kami dengan menghubungi kami menggunakan maklumat yang terdapat di bahagian Hubungi Kami pada Seksyen (8) dari polisi privasi ini. Kami akan melaksanakan apa-apa perubahan yang diminta atau permintaan pemadaman sebaik sahaja kita dapati munasabah.

7. Perubahan kepada polisi kami 

Adalah menjadi polisi kami untuk menyiarkan sebarang perubahan yang kami lakukan terhadap polisi privasi di halaman ini. Tarikh terakhir Polisi Privasi ini disemak semula dipaparkan di bahagian atas halaman. Sila semak polisi ini secara berkala untuk sebarang kemas kini.

8. Maklumat Hubungan

Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang anda mungkin ada untuk polisi privasi kami. Sila hubungi kami pada maklumat yang tertera:

Jabatan: Khidmat Pelanggan

Nombor telefon: 03-3099 3343

Alamat emel: my-info@norwex.com

Atau surat menyurat ke alamat pejabat kami:

Norwex Malaysia Sdn Bhd

No. Pendaftaran Syarikat 201701031497 (1245667-T)
AJL 932254
Lot 7-1, 7-2, UOA Business Park
1 Jln Pengaturcara U1 / 51A Seksyen U1 40150 Shah Alam
Selangor, Malaysia

Terakhir dikemas kini pada 1 April 2019

crossmenu linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram